Tuesday, February 19, 2013

Kenapa saya ambil takaful

Assalamualaikum.

Untuk hari ni, aku nak cerita pasal hal aku lak.

Hal pasal apa ni?

Hal pasal macam mana aku boleh ambil takaful. Kalau ikutkan, aku sama je macam orang-orang di luar sana, sedaya upaya nak lari dari perunding takaful. Bila perunding takaful datang masuk pejabat aku, mesti aku lari. Aku nampak je diorang parking kereta, aku lari. Pendek kata, bila dapat je rasa aura kedatangan orang takaful ni, memang aku lari.

Tapi, entah macam mana hari tu, aku tak sempat nak lari. Aku sibuk sangat buat kerja, tiba-tiba akak takaful dah ada depan aku. Nah, nak lari mana, dia pun terus duduk depan aku dan tersenyum riang. Aku pun senyum balik. Nama akak tu Zarina. Dia pun mulakan langkah dia untuk cucuk jarum. Aku lak masa tu, kepala otak ligat memikirkan apa benda aku nak tipu akak ni supaya dia tak dapat nak close kes ngan aku.

Tapi malang seribu kali malang, akak tu berjaya pujuk aku untuk ambil juga takaful. Dengan berat hati aku pun setuju untuk sumbangkan RM105.00. Akak tu pun balik dengan hati yang girang. Lepas dia jumpa aku, entah berapa banyak lagi kes dia dapat close. Terus terang aku cakap, ayat dia memang power!

Aku balik rumah, aku baring, aku letak tangan atas dahi. Memikirkan sama ada aku buat keputusan yang tepat ke tak. Dalam sedalamnya aku berfikir. Selama ni aku lari daripada ejen takaful ni pasal aku selalu dengar cerita negatif tentang diorang. Tapi bila dengar penerangan daripada kak Zarina, memang ada betulnya. Hidup ni kita sekadar merancang, tapi yang menentukan, dah tentu Allah Maha Kuasa. Tak kira masa, kita sentiasa berada dalam risiko, sama ada dalam sedar atau tidak. Takaful ni memanglah bukan membantu untuk elakkan risiko yang bakal kita hadapi, tapi ia membantu kita dalam meneruskan kehidupan seandainya risiko-risiko tertentu kita hadapi. Katalah jika aku hilang upaya dalam bekerja, isteri dan anak aku pasti dapat meneruskan kehidupan bila diorang dapat pampasan takaful aku. Lepas tu, mungkin dengan duit tu dia boleh buat belanja harian untuk jaga aku. Kalau ada lebihan sikit, mungkin isteri aku dapat memulakan perniagaan. Kalau ada lebih lagi, mungkin digunakan sebagai tabungan untuk pendidikan anak aku.

Sekarang, hasil penerangan dan pendedahan yang kak Zarina bagi, aku dah ambil takaful untuk isteri dan juga anak aku. Demi masa depan yang terjamin, aku rela belanjakan gaji aku untuk bayaran takaful sebab aku boleh nampak faedahnya. Memang tak dinafikan mungkin ada segelintir ejen takaful ni terlalu mengejar komisen sampai mengabaikan kebajikan pelanggan-pelanggannya sehingga membawa cerita negatif dan mengganggu sedikit sebanyak karier ejen-ejen takaful yang lain. Bak kata pepatah, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". 

Kini, aku sendiri pun sudah memasuki karier sebagai penasihat kewangan dan takaful di mana tujuan utama aku adalah untuk membantu orang ramai untuk merancang dan membina masa depan yang terjamin, sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk orang yang disayangi. Aku juga sering berdoa agar Allah sentiasa terapkan aku dengan kejujuran agar khidmat yang aku berikan sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya dan tidak terpesong dari tujuan utama aku.

Jadi, kalau kamu semua rasa aku layak untuk membantu korang dan merancang masa depan yang terjamin, janganlah ragu-ragu untuk hubungi aku. InsyaAllah aku akan membantu sedaya upaya aku.

Saturday, February 16, 2013

Permulaan

Assalamualaikum.

Aku adalah pendatang baru dalam dunia Takaful ni. Sebelum ni aku tak pernah nak ambil berat langsung pasal takaful. Tapi, mujur kesedaran pasal takaful ni datang awal, kalau tak, mungkin aku akan terus hidup tanpa masa depan yang dilindungi.

Maka, atas sebab mahu dilindungilah, aku menceburkan diri dalam bidang ni untuk membantu orang lain supaya melindungi diri mereka pula. Bukan setakat diri sendiri, tapi untuk isteri ke, anak-anak ke, mak ayah ke, adik beradik ke atau siapa-siapa sahaja yang kau rasa kau nak lindungi.

Takaful ni, kat Malaysia, memang tak ramai lagi orang ambil pasal kurang tahu tentang benda ni. Jadi kalau korang nak tahu, boleh hubungi aku, takdehal lah kalau nak bercerita untuk bantu korang.

Aku jugak nak bagitahu kat sini yang aku mengamalkan prinsip kejujuran. Aku seboleh mungkin nak terangkan perkara tentang takaful ni seterang-terang yang aku boleh. Bukan apa, aku ni cikgu keusahawanan, ajar budak suruh berlaku jujur dengan pelanggan, tapi takkan cikgunya sendiri taknak jadi jujur lak kan? Pelik sangat la kalau yang mengajar tak buat macam yang diajar. Jadi, korang jangan risaulah pasal kena tipu, pasal aku pun tak suka kena tipu. 

Oklah, ada masa nanti aku terang serba sedikit pasal takaful kat sini. Yang penting, kalau rasa nak minta nasihat, call je aku. Kalau taknak call pun (kot-kot nervous ke), korang SMS je aku. Boleh aku tolong mana-mana yang patut.

Wassalam