Tuesday, February 19, 2013

Kenapa saya ambil takaful

Assalamualaikum.

Untuk hari ni, aku nak cerita pasal hal aku lak.

Hal pasal apa ni?

Hal pasal macam mana aku boleh ambil takaful. Kalau ikutkan, aku sama je macam orang-orang di luar sana, sedaya upaya nak lari dari perunding takaful. Bila perunding takaful datang masuk pejabat aku, mesti aku lari. Aku nampak je diorang parking kereta, aku lari. Pendek kata, bila dapat je rasa aura kedatangan orang takaful ni, memang aku lari.

Tapi, entah macam mana hari tu, aku tak sempat nak lari. Aku sibuk sangat buat kerja, tiba-tiba akak takaful dah ada depan aku. Nah, nak lari mana, dia pun terus duduk depan aku dan tersenyum riang. Aku pun senyum balik. Nama akak tu Zarina. Dia pun mulakan langkah dia untuk cucuk jarum. Aku lak masa tu, kepala otak ligat memikirkan apa benda aku nak tipu akak ni supaya dia tak dapat nak close kes ngan aku.

Tapi malang seribu kali malang, akak tu berjaya pujuk aku untuk ambil juga takaful. Dengan berat hati aku pun setuju untuk sumbangkan RM105.00. Akak tu pun balik dengan hati yang girang. Lepas dia jumpa aku, entah berapa banyak lagi kes dia dapat close. Terus terang aku cakap, ayat dia memang power!

Aku balik rumah, aku baring, aku letak tangan atas dahi. Memikirkan sama ada aku buat keputusan yang tepat ke tak. Dalam sedalamnya aku berfikir. Selama ni aku lari daripada ejen takaful ni pasal aku selalu dengar cerita negatif tentang diorang. Tapi bila dengar penerangan daripada kak Zarina, memang ada betulnya. Hidup ni kita sekadar merancang, tapi yang menentukan, dah tentu Allah Maha Kuasa. Tak kira masa, kita sentiasa berada dalam risiko, sama ada dalam sedar atau tidak. Takaful ni memanglah bukan membantu untuk elakkan risiko yang bakal kita hadapi, tapi ia membantu kita dalam meneruskan kehidupan seandainya risiko-risiko tertentu kita hadapi. Katalah jika aku hilang upaya dalam bekerja, isteri dan anak aku pasti dapat meneruskan kehidupan bila diorang dapat pampasan takaful aku. Lepas tu, mungkin dengan duit tu dia boleh buat belanja harian untuk jaga aku. Kalau ada lebihan sikit, mungkin isteri aku dapat memulakan perniagaan. Kalau ada lebih lagi, mungkin digunakan sebagai tabungan untuk pendidikan anak aku.

Sekarang, hasil penerangan dan pendedahan yang kak Zarina bagi, aku dah ambil takaful untuk isteri dan juga anak aku. Demi masa depan yang terjamin, aku rela belanjakan gaji aku untuk bayaran takaful sebab aku boleh nampak faedahnya. Memang tak dinafikan mungkin ada segelintir ejen takaful ni terlalu mengejar komisen sampai mengabaikan kebajikan pelanggan-pelanggannya sehingga membawa cerita negatif dan mengganggu sedikit sebanyak karier ejen-ejen takaful yang lain. Bak kata pepatah, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". 

Kini, aku sendiri pun sudah memasuki karier sebagai penasihat kewangan dan takaful di mana tujuan utama aku adalah untuk membantu orang ramai untuk merancang dan membina masa depan yang terjamin, sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk orang yang disayangi. Aku juga sering berdoa agar Allah sentiasa terapkan aku dengan kejujuran agar khidmat yang aku berikan sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya dan tidak terpesong dari tujuan utama aku.

Jadi, kalau kamu semua rasa aku layak untuk membantu korang dan merancang masa depan yang terjamin, janganlah ragu-ragu untuk hubungi aku. InsyaAllah aku akan membantu sedaya upaya aku.

No comments:

Post a Comment